Saturday, June 27, 2009

Update ASTRA JOHOR

Hari ni  selepas menguruskan baby.... tak ada apa yang nak dilakukan.

Hari ni dah buat penambahan input baru kedalam blog astra selatan dan adec johor

Diharap rakan-rakan dapat memberikan komen yang membina bagi saya memperbaiki apa yang telah dilakukan.

Ini antara gambar kunjungan ke Telekom Melaka untuk penentuan tempat Repeater Linking ASTRA dan Local ASTRA Melaka di Bukit Beruang.

Abang Mus dan rakan-rakan lain berusaha bersungguh-sungguh menjayakan usaha ini. InsyaAllah akan berjaya dengan sokongan rakan-rakan warga HAM dan ASTRA sendiri.

Saya hanya hadir sebagai wakil pengurus johor untuk membantu dan mempelajari apa yanng telah dilaksanakan oleh ASTRA Melaka.

Sebagai orang baru, saya akui dan melihat persekitaran serta semangat rakan-rakan untuk maju setapak kehadapan itu jelas kelihatan. Namun begitu masih ada yang rasa kurang senang dengan semangat rakan-rakan ini yang sering ingin majukan diri dan kelompok komuniti yang kecil ini untuk terus maju dan maju dengan menyekat semangat untuk maju.

Kesimpulan daripada lawatan keMelaka tempohari, dapatlah disimpulkan bahawa dimana aje kelompok komuniti pasti ada yang baik dan yang kurang senang dengan kebaikan yang dibuat. 

kesimpulan kedua, masyarakat yang maju adalah masyarakat yang bersatu padu dan sering memberikan input pandangan serta bangtuan tenaga, wang ringgit, moral kepada mereka yang telah dipertanggungjawabkan. sesungguhnya tanggungjawab itu berat dan tidak dapat dilaksanakan seorang diri tanpa bantuan dan sokongan rakan-rakan. 

akhir kalam hari ini

bersatu teguh bercerai roboh

73

Thursday, June 11, 2009

hobi terbaru namun dah lama

radio amatur

dah kenal sejak bangku sekolah. tapi tak ada kesempatan, tak ada geng. ni dah ada geng boleh lah....